Jodoh…

Jodoh dan kematian adalah rahasia-Nya yang tersimpan dalam tabir dan keghaiban-Nya, dan tersimpan dengan indah dalam tiap lembar daun di Lauhul Mahfudz.

Jika…

Jika kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu cintai saat ini, maka cintailah apa yang kamu miliki saat ini.

Ukhuwah…

Ukhuwah yang terbina biarlah seperti seutas tasbih. Ada awal, tapi tiada akhir. Dicipta untuk mengingat-Nya dan disusun untuk mengharap ridha-Nya.

Mungkin...

Mungkin, kegagalan, masalah, dan lingkungan yang tidak menyenangkan adalah sebagian dari skenario Allah SWT dalam membina diri kita.

Jangan...

Jangan bersedih, walau letih dan tertatih menahan perih bersandar dalam sabar dan berdiri tegar, hadapi semuanya tanpa gentar, Kita punya Allah Yang Maha besar, sandaran hati, sandaran jiwa tempat kita menemukan damai itu kembali dan menemukan kembali senyum kebahagiaaan

Selasa, 29 Mei 2012

jangan bersedih......

1.Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
2.Jangan bersedih, setipa sesuatu telah ada qada dan qadar
3.Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang
4. Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
5. Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik
6. Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita
7. Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
8. Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
9. Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu
10. Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
11. Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
12. Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain
13. Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
14. Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda
15. Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
16. Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok
17. Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
18. Jangan bersedih, kerana hidup ini bukanuntuk bersedih
19. Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
20. Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidaklah berharga
21. Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang
22.Jangan bersedih, bolehjadi cubaan ini adalah anugerah
23. Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
24. Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
25. Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan
26. Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
27. Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
28. Janganbersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah

Peringatan tentang kesedihan:

Mengingati Allah: hati kan menjadi tenang
Solat: ubat yg mujarab menghilangkan kesedihan
Redha......

Ya Allah izinkan Aku mencintai-Mu

‘Ya Allah, izinkan aku untuk mencintai-Mu melebihi segala yang ada di dunia ini. Izinkan aku mencintai orang yang mencintai-Mu. Izinkan aku mencintai segala perkara yang dapat menjuruskan aku untuk mencintai-Mu… Kaifa ad’uka wa ana ana, ya Wadud. Wa kaifa aqta’i raja’i minka wa Anta Anta ya Rahman. Amin Ya Rabb’
Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.
Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.
Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud:
“Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, niscaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya”. (Lata’if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).
Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.
Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak bahagia. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya terus  melakukan maksiat dan mengingkari perintah-Nya.
Hal ini, menunjukkan kehebatan dan kebesaran kasih dan cinta Allah SWT terhadap kita semua.
Walau demikian, sehebat manapun cahaya cinta Ilahi di sekeliling kita, ia tidak akan menyinari kehidupan mereka buta mata hatinya. Inilah yang menjadikan jiwa insan kosong dan sunyi walaupun dikelilingi harta kemewahan, anak-pinak dan sahabat handai taulan.
Situasi ini menjadikan dirinya berasa terbebani menunaikan ibadah lantaran jiwanya yang kosong dari nikmat bermesra dan bermunajat ke hadirat Allah SWT. Situasi malang ini mungkin turut melanda para agamawan jika sentuhan manhaj atau madrasah cinta Ilahi ini tidak mereka temukan dan terapkan dalam perjalanan mereka.
Pelbagai Jelmaan Cinta al-Khaliq
Di antara kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi adalah dengan kita bertafakur tentang berbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya.
Yang demikian itu adalah sifat Allah Yang Mulia di mana rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.
Keharuman kasih Allah SWT kepada manusia turut tersebar wangiannya melalui perutusan Sayyid al-Mursalin Muhammad SAW.
Allah SWT berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan karunia-Nya ke atas orang-orang beriman tatkala mengutuskan buat mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri. (ali-’Imran: 164)
Baginda SAW adalah makhluk yang menyebarkan rasa kasih dan kerahmatan ini melalui mutiara kalam, perilaku dan akhlaknya. Maha Suci Allah yang telah mengutus Baginda SAW sebagai penyempurna bagi kemuncak akhlak yang mulia. Baginda SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
Walaupun Allah SWT berhak atas kedudukan-Nya sebagai Khaliq dan Rabb dengan apa cara yang dikehendai-Nya, kita akhirnya menerima risalah-Nya melalui sentuhan cinta makhluk pilihan-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Melalui risalah rahmat dan mahabbah (kasih sayang) itu, segala makhluk di muka bumi ini dapat menadah titis-titis rahmat dan kasih Allah SWT mengikut sekadar mana yang diizinkan oleh-Nya. Mereka yang kafir tetap diberi peluang mendengar, meneliti, merenung dan mencari jalan hidayah serta tidak terus diazab berdasarkan kekufurannya.
Kaum munafik tidak diperintahkan agar dibunuh. Bahkan selagi lidahnya menyaksikan “Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”, maka darah dan hartanya terpelihara di sisi Islam walaupun hakikat kesudahan mereka adalah di tingkat terbawah dari tingkatan neraka.
Demikian juga bagi kaum yang fasiq. Mereka diberi ruang dan peluang mencari jalan hidayah sepanjang kehidupannya dan bertaubat membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu, tanpa diturunkan azab secara terus seperti mana yang melanda umat nabi-nabi terdahulu.
Inilah sikap pemurah dan belas kasihan Allah SWT kepada makhluk-Nya, sedangkan Allah SWT tidak sedikitpun berkehendak atau perlu kepada makhluk-Nya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Wahai hamba-hamba-Ku, kalian tidak akan dapat menggunakan sesuatu kemudaratan untuk memudaratkan-Ku dan tidak akan dapat menggunakan sesuatu yang bermanfaat untuk memberikan sesuatu manfaat kepada-Ku”.
Melalui hadis qudsi ini Allah SWT menerangkan bahawa setiap maksiat hamba-Nya itu tidak sedikitpun dapat menggoncang kerajaan dan kekuasaan-Nya atau mengurangkan kehebatan-Nya. Dan setiap ibadat hamba-Nya itu tidak sedikitpun memberi manfaat kepada-Nya.
Bahkan kekallah kerajaan Allah SWT gagah perkasa dan berdiri dengan sendiri-Nya tanpa memerlukan bantuan makhluk-makhluk-Nya.
Maka hakikat sebenar Allah SWT memerintahkan hamba beribadat dan menunaikan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya ialah demi kasih sayang dan rahmat-Nya. Ia agar manfaat semua itu kembali kepada para hamba-Nya, juga untuk faedah dan kebaikan mereka sendiri di dunia dan di akhirat.
Peringatan inilah yang zahir dalam firman Allah,
Dan siapa yang berjihad sesungguhnya dia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya daripada (memerlukan) sekelian alam. (al-Ankabut: 6)
Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.
Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah… (al-Zumar: 53)
Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan berbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan karena ia adalah penghapus kejahatan.
Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka mohonlah keampunan daripada-Ku, niscaya Aku akan mengampunkan kalian”.
Memperbanyakkan istighfar dan taubat juga adalah tanda seorang mukmin yang benar dan sempurna dalam keimanannya. Oleh kerana itulah, sekalipun Baginda SAW terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat, Baginda selalu istighfar dengan jumlah yang banyak setiap hari.
Menurut Sheikh al Islam Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud r.a, Nabi SAW beristighfar bukan karena melakukan dosa dan kelalaiannya sebab adalah mustahil bagi kedudukan dan darjat Baginda SAW. Sebaliknya, istighfar Baginda SAW adalah istighfar ibadah sebagai suatu munajat dan berlazat-lazat dalam pengabdiannya kepada Allah SWT.
Inilah suatu sisi daripada gambaran keistimewaan dan kesempurnaan Rasulullah SAW bagi sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah SWT pintu untuk mengenali-Nya.
Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.
Jika kasih ibu dipuja dan dinobatkan begitu tinggi oleh manusia tanpa mengira agama, maka seharusnya cinta dan kasih Tuhan itu lebih dipuji, dipuja dan didaulatkan. Justru, wajarlah cinta Ilahi itu dibalas dengan rasa pengagungan, taat setia dan menjunjung perintah dengan penuh keikhlasan, keazaman dan keluhuran budi.
Para penghulu salafussoleh yang telah sekian lama meninggalkan kita telah pun mengecapi nikmat ini. Nikmat berlezat-lezatan dalam mencintai Allah SWT dan Allah SWT pula mencintai mereka.
Munajat dan rintihan mereka menjadi perhiasan malam hari dalam usaha mendamba kasih-Nya. Mereka benar-benar telah mendambakan cinta dan kasih al-Khaliq. Cahaya kasih itu pula terpancar dari kalam nasihat dan bicara mereka buat umat.
Bicara, nasihat dan pedoman mereka terbit dari hati yang telah disirami dengan cinta al-Khaliq. Lantas apa yang disampaikan benar-benar membekas di hati para pendengarnya. Lalu diamalkan dan dijadikan sebagai manhaj ikutan dalam kehidupan sehingga ke hari ini.
Demikianlah keistimewaan dan keajaiban bagi hati yang telah disinari cahaya kasih dan cinta Allah SWT.
Maka tiada lagi pilihan bagi golongan beriman selain berusaha mencari jalan memburu kasih dan cinta-Nya. Terdapat pelbagai jalan melalui amal kebajikan dan peribadatan untuk meraih kasih-Nya, sebanyak nafas yang keluar masuk di jasad insan.
Memburu cinta Allah juga bererti memburu cinta para kekasih Allah yang boleh menyampaikan kita kepada Allah. Apabila kita dihimpunkan bersama para kekasih Allah SWT yang benar-benar mendapat pandangan khusus dan inayah-Nya, pada saat itulah segala kalam bicara, tindak-tanduk dan seruan kita menjadi cerminan bagi sunnah Penghulu Segala Rasul, Sayyiduna Muhammad SAW.
Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta Ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud:
Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28).
Wallahu a’lam.
http://liyanadamia7.wordpress.com/2010/04/17/51/

Efek Samping Terlalu Sering Makan Telur

Telur adalah makanan yang banyak dijumpai masyarakat. Telur memiliki kandungan protein yang tinggi, tentu sangat di gemari di kalangan masyarakat. Dengan menggoreng sebutir telur saja sudah dapat menemari sepiring nasi. Telur juga memenuhi gizi bagi tubuh anak yang sedang mengalami pertumbuhan.
Selain memiliki kandungan protein yang tinggi, telur juga menyimpan berbagai nutrisi penting seperti vitamin, mineral, dan antioksidan. Telur juga di percaya dapat meningkatkan stamina sehingga cocok di konsumsi oleh seorang atlet. Namun, kepraktisan telur membuatnya menjadi bahan makanan sehari hari. Namun, ada efek samping yang kurang baik bagi anda yang sering makan telur. Berikut adalah efek samping terlalu sering makan telur:
Kanker
Menurut hasil penelitian, mengkonsumsi telur terlalu banyak dalam sehari dapat mengakibatkan terkena penyakit kanker prostat, terutama pada pria.
Flu burung dan bakteri
Menkonsumsi telur setengah matang memang bagus, dikarenakan kaya akan protein. Tetapi akan menjadi penyebar penyakit flu burung jika telur tersebut mengandung virus H5N. Untuk itu, masaklah telur hingga matang.
Tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan stroke
Telur juga kolestrol yang tinggi, mengkonsumsi telur terlalu banyak dapat memicu terjadi tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan stroke.
Alergi
Bagi orang yang alergi dengan telur ayam, menkonsumsinya terlalu banyak dapat menyebabkan tubuh gatal gatal, terutamanya pada putih telur.
Jerawat
Kebanyakan makan telur juga dapat mengakibatkan wajah berjerawat, tentu sangat membuat para remaja menjadi risih

http://kesehatan.kompasiana.com/makanan/2012/04/08/efek-samping-terlalu-sering-makan-telur/

Manfaat Buah Apel Untuk Kesehatan

Apel merupakan salah satu buah yang cukup mudah ditemui di Indonesia setelah jeruk. Setelah kemarin sempat membahas tentang manfaat buah jeruk, kali ini saya akan sedikit membahas mengenai manfaat buah apel untuk kesehatan. Sehat memang tidak mesti mahal, hanya kita tidak sadar bahwa hal-hal yang sederhana dan sering kita temui juga memiliki manfaat yang tidak kalah dengan yang lainnya yang tentunya lebih mahal. Dan berikut adalah beberapa manfaat buah apel untuk kesehatan: 
1.      Mencegah Asma
Studi terkini menunjukkan bahwa seorang anak yang mengkonsumsi jus apel setiap hari secara rutin memiliki resiko sangat rendah terkena gangguan pernafasan dibandingkan anak yang hanya mengkonsumsi jus apel sebulan sekali. Selain itu, penelitian lain juga menunjukkan anak yang dilahirkan dari seorang ibu yang gemar mengkonsumsi apel setiap harinya memiliki resiko yang rendah terkena asma, dibandingkan ibu hamil yang tidak mengkonsumsi jus apel.
2.      Mencegah Al-zheimer
Studi yang dilakukan oleh Universitas Cornell menemukan bahwa kandungan quercetin pada apel akan melindungi otak dari radikal bebas yang membahayakan dan memicu penyakit Al-zheimer.
3.      Melindungi tulang
Penelitian di Perancis menemukan bahwa flavonoid yang disebut phloridzin yang terkandung pada apel bermanfaat untuk melindungi wanita pasca-monopause dari masalah osteoporosis, dan meningkatkan massa tulang. Boron, kandungan lain dari apel yang juga berfungsi untuk memperkuat tulang.

4.      Mencegah kanker paru-paru
Berdasarkan studi yang dilakukan pada 10,000 orang, mereka yang mengkonsumsi apel dengan kuantitas paling banyak  memiliki resiko 50% lebih rendah terserang kanker paru-paru. Para peneliti mempercayai adanya kandungan flavonoid, quercetin, dannaringin inilah yang berperan dalam mencegah kanker paru-paru.
5.      Mencegah kanker usus
Dari sebuah studi yang dilakukan pada tikus, tikus yang diberi makan ekstrak kulit apel memiliki resiko 43% lebih rendah terkena kanker saluran pencernaan. Berdasarkan penelitian kandungan pectin pada apel-lah yang menekan resiko kanker pencernaan, dan membantu menjaga kesehatan saluran pencernaan.

6.      Mencegah Kanker Payudara
Studi yang dilakukan oleh Cornell University melakukan percobaan pada tikus, dan tikus yang makan apel sehari dalam memiliki resiko terkena kanker payudara 17% lebih rendah. Sedangkan tikus yang mengkonsumsi apel 3 kali dalam sehari, memiliki resiko lebih rendah terkena kanker payudara 39%. Meskipun percobaan ini diuji cobakan pada tikus, namun hal ini juga berdampak sama pada manusia.
7.      Mencegah Kanker Hati
Selain itu dari penelitian yang juga dilakukan pada tikus, selain menurunkan resiko terkena kanker pencernaan, pemberian ekstrak kulit apel pada tikus juga menurunkan resiko terserang kanker hati hingga 57%, karena kandungan antioksidan pada apel, yang memiliki fungsi detoksifikasi.
8.      Menurunkan kadar kolesterol
Dalam hal ini apel berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol jahat yang disebut LDL. Seseorang yang mengkonsumsi buah apel setidaknya 2 kali dalam sehari akan menurunkan kadar kolesterol jahat mereka sebanyak 16%.

9.      Mengontrol diabetes
Kandungan pectin pada apel mensuplai galacturonic acid yang akan menurunkan kebutuhan tubuh untuk melepaskan hormon insulin –salah satu hormon penyebab diabetes. Hal ini karena produksi insulin yang tinggi memicu diabetes, oleh karena itu apel juga bermanfaat untuk mengontrol seseorang yang terserang atau memiliki bakat –faktor genetik terserang diabetes.
10.  Mengurangi berat badan
Studi di Brazil menunjukkan bahwa wanita yang mengkonsumsi buah apel atau pir setidaknya 3 sehari selama diat akan lebih cepat menurunkan berat badan, dibandingkan mereka yang tidak memasukkan buah-buahan dalam menu diet.
Sangat banyak ya manfaat buah apel untuk kesehatan kita, malah bisa mencegah penyakit-penyakit mematikan sekalipun seperti Kanker dan lainnya. Jadi jangan remehkan manfaat buah apel ya. 

http://www.tituitbom.com/2012/03/manfaat-buah-apel-untuk-kesehatan.html

Sabtu, 26 Mei 2012

Tentang Aku Slideshow Slideshow

Tentang Aku Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Tentang Aku Slideshow Slideshow ★ untuk Yogyakarta. Slideshow perjalanan gratis yang menakjubkan di TripAdvisor

Minggu, 13 Mei 2012

♥♥ ♥♥Maaf, Aku Lebih Mencintai-Nya ♥♥ ♥♥


Baru aku sadari betapa bodohnya aku yang tak tahu kalau sebenarnya Dia sangat menyayangiku
Bagaimana tidak,
Dia selalu memenuhi kebutuhanku, menjagaku, dan melindungiku
Dia selalu ada disaat aku senang maupun sedih
Bahkan disaat aku menangis karenamu, Dia selalu ada untuk menenangkan hatiku
Cinta-Nya padaku tak tertandingi oleh siapapun

Namun aku sama sekali tak menyadarinya
Cinta yang seharusnya kuberikan untuk-Nya malah ku berikan padamu
Waktu yang seharusnya ku habiskan untuk berdua bersama-Nya, malah ku habiskan untuk berdua bersamamu

Aku takut Dia akan marah padaku
Aku takut jika Dia tak lagi mencintaiku karena aku tak membalas cinta-Nya

Oleh karena itu aku mohon pengertianmu
Jangan marah jika mulai saat ini rasa cintaku lebih banyak ku berikan pada-Nya
Jangan marah  pula jika mulai saat ini waktuku banyak ku habiskan untuk berlama-lama bersama-Nya
Sungguh kau tidak boleh marah dan cemburu pada-Nya

Maafkan aku, karena aku lebih mencintai-Nya

Yogyakarta,12/05/2012 14:48

Selasa, 08 Mei 2012

KESEDIHANKU

 Luka hatiku belum jua mengering meski musim telah berganti
Apa hatiku yang terlalu ringkih menerima hujaman keangkuhanmu?
Atau memang pedang egomu yang terlalu dalam menancap dalam kalbu?
Entahlah..
Semua sudah terjadi,
Dan tak mungkin dapat ku kembali untuk memperbaiki
Engkau yang pernah ku cintai setulus hati
Mungkin ku harus merelakan dirimu pergi
Dan aku yang pernah kau cintai dalam kata
Mungkin ku harus ikhlas menerima semua

 
(Yogyakarta, 28 Maret 2011 21:15)